KENAPA AKU SERING DIUJI?
Firma Allah S.W.T,maksudnya:Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
saja mengata;”kami telah beriman,’sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya
kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah
mengetahui yang manakah orang yang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui
siapakah yang dusta.”
(surah al-Ankabut:2-3)
(surah al-Ankabut:2-3)
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Firman Allah S.W.T,maksudnya:”Boleh jadi kamu membenci sesuatu pedahal ia amat
baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk
bagimu,sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(surah al-Baqarah:216)
KENAPA AKU DIUJI UJIAN SEBERAT INI?
Firman Allah S.W.T,maksudnya”Allah tidak membenani seseorang itu melainkan sesuai
dengan kesanggupannya.”
(surah al-Baqarah:286)
BAGAIMANAKAH KAN KUHADAPI UJIAN INI?
Firman Allah S.W.T,maksudnya:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah
kamu(menghadapi segala kesabaran dalam mengerjakan kebaikan),dan kuatkan
kesabaran kamu daripada kesabaran musuh(di medan perjuangan),dan bersedialah
serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,kamu berjaya(mencapai
kejayaan).”
(surah Ali-Imran)
APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Firman allah S.W.T:maksudnya”Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin
diri dan harta mereka dengan memberikan(bayaran)syurga utuk mereka…”
(surah at-Taubah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan