Selasa, 21 Mei 2013

Owh, big Apple

Assalamulaikum, salam sejahttera kepada pembaca, Alhamdulillah..  aku diberi peluang untuk mengemas kini blog aku ni. Tamat la sudah projek akhir kami dlm subjek asas keusahawan dlm bahasa omputihnya "Entrepreneurship Cultivation". Subjek ini menjadi subjek wajib bagi kesnuam IPTA di Malaysia. Aku bukan nk belagak.. Benda-benda mcm ni da jdi darah daging aku dah, maklum la. dari kecil aku dah belajar berniga ini, so, tak hairanlah kalau asas keusahawan ni benda biasa bagi aku. Nak di ceritakan cerita dari awal. kumpulan kami memang pening nk jual apa untuk last projek kami nanti, ada yang bagi idea buat gerai games, ala, mcm kt FunFair tu. tp, bg aku benda mcm tu tak menjadikan untung pun. last2 nasib baik pensyarah kami suruh tukar, Alahamdulillah, lega.. so, de cadangan dari kumpulan kami, jual "BIG APPLE". Salah seorang group kami tu dah de pengalaman pun jual benda ni, dan benda ini memang mendatangkan pulangan yang lumayan.. =D. Jadi dengan cadangan last minit tu la yang kami meneruskan projek kami tu,. Dengan bermodalkan seorang RM$$ kami terus contact pengusaha kedai tu order utk kami.....
Alhamdulillah, berkat kesabaran kami, kesemua donut tu habis dijual. Hari pertama, kami hanya menjual 10 kotak je. Ingat, lambat habis, rupa-rupanya tidak. Pkol 1 da abis woow !!! hahaa... so, hari kedua pulak, kami tak bercadang nak ambil risiko, just still ambil 10 kotak, tp, cuma tambah jenis donut yang laku je. Kami pun fikir juga masa tu, ingat lambat abis, yela hari keduakan, takut orang lain dah bosan rasa donut tu, rupanya tidak, pukul 11 lebih da abis.. haha.. tak sangka plak, so, dengan segera kami pun g kedai tu, order lagi 6 kotak.  Pengalaman ini mcm ini memang best, hee.. dengan muka tak malu, dengan selamber, semua tapak khemah tu mcm tapak kami yg punya.. dengan muka tebal, kami g la, bwk kotak2 tu jual donut tu... hee..  Alhamdulillah.. peristiwa macam ini, membawa seribu satu kenangan bagi kami, berkat kesabaraan kami, bukan saja dapat pulang modal, tp.. untung beb ! haha.. pe2 pun thankz kekwan yg tolong jualkan donut tu.. TERIMA KASIH BANYAK !! =).. *berniaga memang Hobi saya =)  

Isnin, 15 April 2013

Sabah Negeri Di bawah Bayu
Berhabuk blog aku ni. Dekat setahun x update. haha.. Ok, skg aku nk cerita skit pasal kenangan yang xbole dilupakan yang di lalui bersama rakan2 aku yang lain. Beberapa hari lepas kami semua melawat sabah, negeri di bawah bayu... 9/413 kami bertolak dengan pesawat Ak 5939. Bertolak dr kuching dan sampai di Kota Kinabalu jam 12.00. kami jatuh cinta dengan sabah sebab keindahan alam semula jadi. sungguh hebat ciptaan-Nya di mana tiada sesiapa yang mampu mencipta melainkan-Nya.Hari pertama kami semua melawat kundasang, ia mengambil masa 2jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Kt situ, dkali pertama tgk Gunung Kinabalu dgn mata kepala sendiri. Subhanallah ! indah sungguh.. dengan berbekalkan lauk sardin dan telur dadar.Kami makan tengahari di kaki gungung kinabalu. Sejuk woo.. cuaca kt sne.. haha! Keindahan alam kt sana mmbuatkan fikiran kami tenang, exam, assingmnt lupa wt seketika. 

Antara yang menarik sekali kt sana adalah, di mana, kami semua melawat Pulau sapi dan Pulau Manukan. Kt sana la, pengalaman kali pertama aku snorkling. Pergh !! bila lihat je ke dlm laut dgn keindahan batu karang dengan ikan-ikan berenang2, seolah-olah, kami seperti di dunia  yang lain. subahanallah.. Hebat ! Gram rasanya nk pegang ikan2 yang tgh berenang tu. haha.. 
Apa2 pun inilah kenangan yang memang tak boleh dilupakan. dengan berbekalkan duit yang xbyk pun. Allhamdulillah, percutian kami berjalan lancar... melawat tempat org byk kerenah manusia kami jumpa. Itu semua pengalaman =). Nnti da kawen nk bwk family g sna ~ceh
#jauh perjalanan luas pengalaman !!
  

Rabu, 11 Julai 2012

Rahmat dugaan~

"A..anak pendakar mustar di bawa lari org!!,,aaaaa,COBAAN,,';hei mambang tanah,mamabang air.......
berapa kali aku bilang!!anak ak sudah  dibawa lari org!!"aaaaa..COBAAN..!!! salah stu babak dlm filem P,ramlee Pendekar bujang lapok..
Assalamualaikum, =) Igt lagi tak salah stu babak di ats..sy bkn nk citer psl filem di ats..tp,COBAAN~ atau bahasa mudah utk anda fhm,dugaan,ujian,dan cabaran hidup..Semakin lama kita brnafas kt dunia ni,semakin byk cabaran@ujian yg Allah s.w.t bg kt kte..walau bagaimanapun,
Firman Allah S.W.T,maksudnya”Allah tidak membenani seseorang itu melainkan sesuai 
dengan kesanggupannya.”

(surah al-Baqarah:286)..
So,xperlu bersedih dgn ujian yg menimpa kita.kerana Allah itu maha mengetahui,anggap je la dugaan ni sebagai  tanda keimanan.Kerana salah stu rukun iman adalah beriman kepada qada dan qadar..


Firma Allah S.W.T,maksudnya:Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan 
saja mengata;”kami telah beriman,’sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya 
kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah 
mengetahui yang manakah orang yang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui 
siapakah yang dusta.”
(surah al-Ankabut:2-3)
Jadi,kepada yg mngalami dugaan..sentiasa berdoa,solat,baca al quran..keran hanya mengingati Allah,hati akan tenang...


~ak slalu dgr lagu ni kalau de masalah =D
http://www.youtube.com/watch?v=qqI9DFrTOnM&feature=related.

Khamis, 26 April 2012

PANDUAN BERSOLEK. .


assalamulaikum w.b.t...
Artikel yang saya ingin sampikan adalah khas umtuk golongn muslimah.Yang lelaki buat apa nk bersolek,,
Perkara-perkara dibawah ini perlu diambil untuk perhatian sebelum mengenakn sebarang solekan diwajah..

  • Pastikan bahan-bahan solek yang digunakan halal dan tidak memudaratkan.
  • Niatkan bersolek itu bukan bertujuan untuk mengoda,mendapat pujian lelaki,atau untuk menarik perhatian mereka,kecuali untuk suami sendiri.
  • Penggunaan pelembap bibir,losen muka,bedak dan seumpamanya di luar rumah bertujuan untuk menjaga kesihatan kulit daripada merekah dan sebagainya.
  • Tidak mengubah mana-mana bahagian anggota badan semuja jadi (kecuali dalam keadaan darurat)seperti mencukur bulu kening,bertindik lidah dan sebagainya.
  • Tidak mengambil jurusolek yang berlainan jantina dan bukan mahram.
  • Tidak mengenakan solekan yang terlalu tebal (kadang2 tgk da mcm hantu la plak)
  • Tidak mendedahkan aurat seperti seperti sengaja mengeluarkan rambut dibahagian depan kepala atau sebahagian dada yang tidak ditutup dengan sempurna.
  • Jangan membazir membeli alat solek yang terlalu mahal walupun berkemampuan semata-mata untuk menunjukkan kemegahan.
  • Cara solekan hendaklah jauh daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah atau syariat(bacaan jampi serapah,susuk dan seumpamanya)....
~selamat beramal. . . .

Selasa, 10 April 2012

The rakyat gives its own take on Malaysian news

The rakyat gives its own take on Malaysian news: Malaysia's top stories remixed with the best videos, pictures, polls, and perspectives. Curated and shared by the people! Dive into NEWS:REMIX now to get your daily news fix.

Selasa, 24 Mei 2011

Hubungan mana yang lebih penting?

Assalamulaikum w.b.t...
Khaifa halukum!!wa antum bi khairi?Hari ni berkongsi cerita dengan semua pengunjung blog ni.......
Laila (bukan nama sebenar)sedang menangis-menangis tersedu-sedu di dalam bilik bersendirian sambil memegang sekeping foto..Rakan sebiliknya,Shida (bukan nama sebenar juga) datang menghampirinya lalu bertanya..'Laila,kau kenapa ni?dari td aku tengok kau asyik nangis je..apsal?..."Kamal....dia ckp dia sygkn aku..apsal dia buat ak macam ni...?aku penat jaga hubungan dengan dia..last2 dia da de pompuan lain!!aku tak nak hubungan aku terputus sampai sini je..aku syg sgt kt kamal tu..Shida.tolong la ak..aku tak boleh la lupakn dia..aku x nk hubunganku dengan Kamal macam ni je.....PLEASE!!" jawab Laila smbil tersedu-sedu...........................................................
okey!!tu la citernya....apa yg korang phm bila baca kisah ni..Pasal kaum hawa yg sedang menangis sebab tak nak hubungan dengan kekasihnya terputus!!!
Ehem!!apa pendapt anda sume.?sekiranya kalau kalau la korang di pihak Shida..apa yg korang nk buat?.........emm..x yah la nk fikir...Jadi hari nk kongsi tentang hubungan juga,bukan hubungan dengan kekasih/aweks/pacar/intan payung dan sewaktu dengannya sebab benda2 tu suma x penting!!!.....tetapi..hubungan dengan Allah s.w.t..........

Kita,sebagai hamba-Nya,apa yang perlu kita buat untuk mengekalkan hubungan pencipta kita dengan kita??
-sentiasa beribadat kepada-Nya.
 Ustaz saya pernah berkata kepada saya,jika ingin bercakap dengan Allah,hendaklah kamu bersolat dan jika ingin Allah bercakap dengan kamu,bacalah al-quran.Dengan solat juga,kita boleh sentiasa dekat dengan-Nya.Walaupun dari segi zahirnya memang kita tidak nampak,tetapi,hati ni perlu yakin bahawa kita sedang berhadapn dengan Allah s.w.t.Ingatlah,Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui.Jika kita ingin menjaga hubungan dengan Allah memperbanyakkan ibadat kepada-Nya.
-sentiasa zikir kepada-Nya.
zikir bermaksud ingat.Jika zikrullah,ingat kepada Allah.pelbagai cara kita boleh ingat kepada-Nya,seperti memujin-muji keagungan-Nya dan melihat tanda-tanda kebesaran.Dengan itu,hati kita akan sentiasa menjadi tenang malah hubungan kita kepada-Nya akan terus berkekalan sampai bila-bila.(bagi aku cara ni simple sgt!!!!) =)

Biasalah,kalau minah-minah/pakwe-pakwe di luar sana yang bersedih akibat cinta.Takut awek/pakwe dia lari cari orang lain la..itu la...ini la..Tetapi kita jarang bersedih akibat kelalaian cinta kepada-Nya.....

Daripada kisah di atas,marilah kita renung-renungkan,hubungan dengan pasangan kita atau hubungan dengan Allah sw.t.Mana yang lebih penting?


INGATLAH! Janganlah kamu kecewa apabila hubungan kamu dengan kekasih tidak berkekalan,tetapi kecewalah apabila hubungan kita dengan maha pencipta menjadi renggang.kerana Dia lebih tahu isi hati hamba-Nya..Allah tidak pernah melupakan seorang pun hamba-Nya walaupn dosa hamba-NYa sebesar gunung.......................
wallhualam.....

Selasa, 29 Mac 2011

Kehebatan membaca BISMILLAH!


Setiap perkara yang Allah berikan pasti mempunyai ganjarannya...
Bismillahirrahmanirrahim yang bermaksud 'Dengan Nama Allah SWT Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih' sering kita ulangi dalam kehidupan seharian, apabila ingin melakukan sesuatu, kita akan menyebut kalimah suci itu. Namun, adakah kita tahu kebaikan di sebalik ucapan itu?
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Addailami yang mendengar dari Ibnu Mas'ud r.a: "Sesiapa yang membaca Bismillah akan dicatatkan untuknya bagi setiap huruf (19 huruf) dengan 4000 kebaikan dan 4000 keburukan dihapuskan dengan diangkat pembacanya dengan 4000 darjat".
Bukannya sukar untuk mengucapkan perkataan otu,tidak sampai seminit pun,Begitu juga apabila kita tidak memulakan bacaan bismillah sebelum makan,makanan yang kita makan akan dimakan bersama-sama dengan syitan,,,,
 Oleh itu,mulakan setiap perbuatan kamu dimulai dengan Bismillahirrahmanirrahim..banyak ganjaranyakan!!..
Selamat Beramal..
=)