Powered By Blogger

Selasa, 24 Mei 2011

Hubungan mana yang lebih penting?

Assalamulaikum w.b.t...
Khaifa halukum!!wa antum bi khairi?Hari ni berkongsi cerita dengan semua pengunjung blog ni.......
Laila (bukan nama sebenar)sedang menangis-menangis tersedu-sedu di dalam bilik bersendirian sambil memegang sekeping foto..Rakan sebiliknya,Shida (bukan nama sebenar juga) datang menghampirinya lalu bertanya..'Laila,kau kenapa ni?dari td aku tengok kau asyik nangis je..apsal?..."Kamal....dia ckp dia sygkn aku..apsal dia buat ak macam ni...?aku penat jaga hubungan dengan dia..last2 dia da de pompuan lain!!aku tak nak hubungan aku terputus sampai sini je..aku syg sgt kt kamal tu..Shida.tolong la ak..aku tak boleh la lupakn dia..aku x nk hubunganku dengan Kamal macam ni je.....PLEASE!!" jawab Laila smbil tersedu-sedu...........................................................
okey!!tu la citernya....apa yg korang phm bila baca kisah ni..Pasal kaum hawa yg sedang menangis sebab tak nak hubungan dengan kekasihnya terputus!!!
Ehem!!apa pendapt anda sume.?sekiranya kalau kalau la korang di pihak Shida..apa yg korang nk buat?.........emm..x yah la nk fikir...Jadi hari nk kongsi tentang hubungan juga,bukan hubungan dengan kekasih/aweks/pacar/intan payung dan sewaktu dengannya sebab benda2 tu suma x penting!!!.....tetapi..hubungan dengan Allah s.w.t..........

Kita,sebagai hamba-Nya,apa yang perlu kita buat untuk mengekalkan hubungan pencipta kita dengan kita??
-sentiasa beribadat kepada-Nya.
 Ustaz saya pernah berkata kepada saya,jika ingin bercakap dengan Allah,hendaklah kamu bersolat dan jika ingin Allah bercakap dengan kamu,bacalah al-quran.Dengan solat juga,kita boleh sentiasa dekat dengan-Nya.Walaupun dari segi zahirnya memang kita tidak nampak,tetapi,hati ni perlu yakin bahawa kita sedang berhadapn dengan Allah s.w.t.Ingatlah,Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui.Jika kita ingin menjaga hubungan dengan Allah memperbanyakkan ibadat kepada-Nya.
-sentiasa zikir kepada-Nya.
zikir bermaksud ingat.Jika zikrullah,ingat kepada Allah.pelbagai cara kita boleh ingat kepada-Nya,seperti memujin-muji keagungan-Nya dan melihat tanda-tanda kebesaran.Dengan itu,hati kita akan sentiasa menjadi tenang malah hubungan kita kepada-Nya akan terus berkekalan sampai bila-bila.(bagi aku cara ni simple sgt!!!!) =)

Biasalah,kalau minah-minah/pakwe-pakwe di luar sana yang bersedih akibat cinta.Takut awek/pakwe dia lari cari orang lain la..itu la...ini la..Tetapi kita jarang bersedih akibat kelalaian cinta kepada-Nya.....

Daripada kisah di atas,marilah kita renung-renungkan,hubungan dengan pasangan kita atau hubungan dengan Allah sw.t.Mana yang lebih penting?


INGATLAH! Janganlah kamu kecewa apabila hubungan kamu dengan kekasih tidak berkekalan,tetapi kecewalah apabila hubungan kita dengan maha pencipta menjadi renggang.kerana Dia lebih tahu isi hati hamba-Nya..Allah tidak pernah melupakan seorang pun hamba-Nya walaupn dosa hamba-NYa sebesar gunung.......................
wallhualam.....

Selasa, 29 Mac 2011

Kehebatan membaca BISMILLAH!


Setiap perkara yang Allah berikan pasti mempunyai ganjarannya...
Bismillahirrahmanirrahim yang bermaksud 'Dengan Nama Allah SWT Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih' sering kita ulangi dalam kehidupan seharian, apabila ingin melakukan sesuatu, kita akan menyebut kalimah suci itu. Namun, adakah kita tahu kebaikan di sebalik ucapan itu?
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Addailami yang mendengar dari Ibnu Mas'ud r.a: "Sesiapa yang membaca Bismillah akan dicatatkan untuknya bagi setiap huruf (19 huruf) dengan 4000 kebaikan dan 4000 keburukan dihapuskan dengan diangkat pembacanya dengan 4000 darjat".
Bukannya sukar untuk mengucapkan perkataan otu,tidak sampai seminit pun,Begitu juga apabila kita tidak memulakan bacaan bismillah sebelum makan,makanan yang kita makan akan dimakan bersama-sama dengan syitan,,,,
 Oleh itu,mulakan setiap perbuatan kamu dimulai dengan Bismillahirrahmanirrahim..banyak ganjaranyakan!!..
Selamat Beramal..
=)

Rabu, 2 Mac 2011

the power of love/kuasa cinta


Assalamulaikum...hari sy trbaca satu artikel yg menarik utk dikongsi bersama...It's about LOVE>>>>
Rasulullah SAW bersabda : "Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit " (Riwayat Tabrani)
Cinta Menyintai Atas Keimanan dan Ketaqwaan
Rasulullah SAW bersabda:Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata : "Kami semua pengasih" Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia". (Riwayat Tabrani)
"Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus memberi kesan kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta!" (Jalaluddin Rumi).
Cinta Yang Terutama
Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan
cinta yang lebih dalam, lebih murni, dan lebih abadi.Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk. Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata karena mencintai-Nya.
Asasnya adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 165, 'Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam(taat) cintanya kepada Allah.'
Islam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala prioriti cintanya. Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya . Cinta pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu kedua orang ibu-bapa, kaum kerabat , anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sekerja, ibnu sabil dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan juga mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah . Maha Suci Allah, Allah Maha Hebat!
Perasaan cinta adalah abstrak. Namun perasaan cinta mampu diwujudkan dengan tindakan yang nampak oleh mata.
Di antara tanda-tanda cinta seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunnah,membaca al-Quran dan berzikir kerena dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!
Ini dapat dilihat daripada kata-kata di bawah:
"Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya" ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)
Cinta Allah Cinta Rasululllah
Yakinlah wahai saudaraku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman. Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya. Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar daripada cinta palsu.Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya.
Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat, ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiyamullail, puasa sunnah, membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Buah daripada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, Insta-Allah kita akan dapat menggapai cinta dan keredhaan-Nya.Cinta dan kasih sayang membawa kepada kebahagiaan. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang dan dunia pun akan aman dan damai.
Cinta Terulung
Sungguh merugikan apabila manusia hanya diletihkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan tidak mahu membantu orang yang memerlukan pertolongan. Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup di dunia, Bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah SWT.
Kata-kata yang tepat untuk itu seperti di bawah:
'Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.' {Imam Nawawi)
Faktor kuasa cinta adalah KOMUNIKASI. Tidak ada lain lagi selain komunikasilah yang menentukan turun naiknya kuasa cinta. Bacalah betapa hebatnya komunikasi yang dikatakan faktor kuasa cinta di sini. Kerana itu orang yang sentiasa berkomunikasi akan lebih mesra, akan terlahirnya cinta. Allah menjadikan perasaan cinta sesama manusia agar manusia memahami cinta dan faktor kuasa cinta. Apabila manusia memahaminya, maka sudah pasti manusia akan lebih mudah untuk bercinta dengan Pemiliknya iaitu Allah.
Komunikasilah sentiasa dengan Allah kerana komunikasi merupakan faktor kuasa cinta. Lebih banyak komunikasi, lebih hangat cinta kepada Allah. Lebih hebat cinta kepada Allah. Lebih mendalam cinta kepada Allah. Dengan komunikasi, jiwa lebih tenteram kerana cinta tidak dihalang. Komunikasi dengan Allah lebih menenangkan jiwa kerana segala masalah dikongsi dan diluahkan kepada Yang Tersayang iaitu Allah.
Ingatlah bahawa TIDAK ADA SELAIN ALLAH YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN DIRI KITA. Komunikasilah sentiasa dengan Allah kerana segala-galanya tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Komunikasilah dengan Allah apa saja yang difikirkan, dilihat, didengar dan dilakukan. Sentiasa Ingat dan Sebut Nama Allah.

Sabtu, 19 Februari 2011

ALLAH MENCINTAI KITA?MACAM MANA?

Secara fitrahnya.Kalau kita sedang mencintai dan merindui seseorang,kita mempunyai keinginan untuk beritahu kt orang lain.Seolah-olah kita nk satu duni tahu yg kita sedang mencintai atau merindui seseorang itu.Contohnya,kt facebook ke,twtter ke.kita selalu melihat luahan sahabat-sahabat kita yg sedang mencintai seseorang itu.Seperti.'i love u..sayang awk..dan sebagainya....



KALAU ALLAH SEDANG MENCINTAI KITA,MACAM MANA YE?
Dalam satu hadis,Rasullah S.A.W pernah bersabda.
"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)




MasyAllah..Lihatlah cinta Allah sungguh luar biasa.JIka Allah sdg mencintai seseorng..Allah yg Maha  Agung itu tidak hanya menyebut,'aku cinta si dia'.
tetapi.Dia memberitahu kepada seluruh makhluk-Nya.Apa kata Allah dlm hadis tersebut.."Wahai jibril,aku mencintai seorang ini maka cintailah dia!'.Maka jibrail pun membuat pengumuman."Wahai penduduk langit,sesungguhnya Allah mencintai orang ini,maka cintai dia.Kemudian orang itu dicintai seluruh makhuk-NYa..Ya Ar-Rahman Ar-Rahim..beruntungnya seseorang itu dicintai Engkau.Pasti hidupnya sentiasa diberkati dan diredhai-Nya.........


Alangkah bahagianya jika semua org akan di dunia dicintai Allah,mesti dunia ini penuh dengan kebahagiaan.Tetapi..cinta siapa yg kita kejar...?




Kita sibuk dengan mencintai seseorng ,kita lalai utk mengingati-Nya.
Kita sibuk nk berjumpa dgn kekasih kita,kita lupa nk bersolat utk berjumpa dgn-Nya sebentar.
kita sering mengucapkan'I Love You' kepadanya,kita lupa nk bertasbih kepada-NYa.
kita sering merindu kekasih kita,tetapi kita lupa utk mengingat pencipta kita. 
tetapi Allah tidak akan melupakan kita walau sesaat pun.................



Jumaat, 11 Februari 2011

SILA DAIL 24434..KALAU TIDAK!!!!!!



Pernah tak korang bayangkan semasa tgh kusyuk berdoa,tiba-tiba muncul pertanyaan macam  ni :
.........."Terima Kasih.Anda telah menghubugi Baitullah.
           SILA-TEKAN 1 untuk MEMINTA
                     TEKAN 2 untuk BERSYUKUR
                     TEKAN 3 untuk MENGELUH
                     TEKAN 4 untuk PERMINTAAN LAIN-LAIN .
Mungkin juga korang akan mendengar ayat-ayat mcm ni."Maaf,ketika ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain.Diharapkan anda sabar menunggu.Panggilan anada akan dilayan sebantar lg!"
Cuba koranag bayangkan semasa sedang bersedih,'frust menonggeng',dan korang ingin mengadu kepada-Nya,korang dapat respon begini
          'Jika anda mahu berbicara...
TEKAN 1 untuk bercakap dengan malaikat MIKAIL
TEKAN 2 untuk bercakap dengan MALAIKAT YANG LAIN 
TEKAN 3 untuk MEMBUAT ADUAN
TEKAN $ untuk MEMBUAR PERTANYAAN TENTANG SYURGA DAN NERAKA.
Atau mungkin juga korang akan mendengar bunyi macam ni....
"MAAF,SISTEM KAMI MENUNJUKKAN ANADA TELAH MEMANGGIL LEBIH SEKALI PADA HARI INI.SILA CUBA LAGI DI LAIN HARI."
Boleh juga korang mendengar kata-kata mcm ni...
"PEJABAT KAMI DITUTUP PADA HUJUNG MINGGU.SILA HUBUNGI LAGI PADA HARI BERIKUTNYA."
Jawapan-jawapan mcm ni mgkin tidak asing dlm kehidupan seharian kita.Namun,adakah ia satu jwpn yg akan anda terima semasa mendail NOMBOR-NOMBOR ALLAH???.KOMPOM LA TAK DE!!!Allah amat mengasihi kita.setiap masa kita boleh 'menelefon-Nya',anytime..anywhere..(bak kata omputih).Apabila kita mendail talian Allah,tiada istilah 'line buzy'mcm operater mxis..celcome dan sbgnya..Allah menerima setiap panggilan dr hamba-hamba-Nya tnpa mnegira waktu dan amat mengetahui siapakah para pemanggil-Nya.
Talian 24434 adalah talain yg paling simple utk korang mendail-Nya.iaitu...
   2-SUBUH
   4-ZUHOR
   4-ASAR
   3-MAGHRIB
   4-ISYAK
Kalau nk sempurna dan lebih dekat dengan-Nya.korang boleh tambh lg nombor-nombor trsebut dgn mndail talian 2 iaitu solat tahajud,duha,dan taubat.Kita juga boleh mndail talian 37 iaitu al-Quran yg memiliki 37 juzuk atau mendail 99(asmaul-husna),iaitu nama-nama Allah.Nak lebih cntik lg bole juga mendail 33 zikir.Subhanallah.Alhamdullilah,dan Allahuakbar.Tp yg penting,talian Allah ini secara telus,tanpa operator,tanpa perantaraan,tanpa topup(cuma ambil wuduk je kalau nk solat).Jumlah talian-NYa juga terlalu byk,tidak akan wujud istilah 'line buzy'.dibuka 24 jam sehari (mcm 7-eleven),dan dibuka 365 hari (mcm KFC)sampai la kita diusung ke tanah perkuburan...Itulah kehebatan pencipta kita,tp..tidakkah korang terpikir?kita selalu sibuk dengan perkara2 lain..topup kredit tu bole...nk  topup pahala x de masa...hm...Sebenarnya inilah talian yg WAJIB kita hubungi.(bknnya awek/pakwe),tetapi ramai yg terlalai dan mngabaikan utk mendail nombor-nombor tersebut,malah lalai dgan talian duniawi meskipun kadang-kala tidak mndapt jwapn,dibls dengan ('MAAF,SILA TAMBAH NILAI UNTUK MEMBUAT TALIAN INI')...................
Akhir kata utk korang sume..TINGGALKANLAH SESUATU KERANA ALLAH,TAPI JANGAN TINGGALKAN ALLAH,KERANA ALLAH TIDAK AKAN MENINGGALKANMU......WASSALAM!

Khamis, 10 Februari 2011

MENGAPA SUKAR UCAPKAN SALAM

Assalamulaikum warahmatullah......ucapan salam yg diajar oleh para malaikat kpd Nabi Adam a.s.Inilh salam kpd baginda serta seluruh zuriatnya.Ucapan ini yg harus mnjadi identiti muslimin dan muslimat sekalian yg bernaung di bawah panji kebesaran Ilahi.

Tapi,kita ni lain skit.acap kali kte dgr org lain yg memberi salam yg berbunyi 'semekom'..smekom..dan lain2 lg..Assalamulaikum bermaksud sejahtera ke atas kamu..tp..apa maksud semekom..smekom..akum..ye?susah sgt ke nk ucapkan salam dengan jelas.Umat islam kita kebanyakkan sekarang tidak lg memberi dan mnjwab salam,tetapi seringkali memulakan ucapan hi..woi..dan lain2 lg.Ini terbukti pengaruh barat sudah menular dalam masyarakat Islam sekarang lalu cuba melenyapkan identiti dan budaya kita.

Rasullah S.A.W sendiri menegah umatnya bertutur kata sebelum seseorg itu memulakan ucapan.Perkara pertama yg disampaiakn oleh baginda ketika berada di Madinah Munawarah adalah,"Wahai manusia,berikanlah salam,berikanlah makan,jalinkanlah silaturahim,dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera.(Riwayat,Ahamad,Ibn Majah dan Baihaqi)

Akhirulkalam,marilah kita menjunjung amalan mulia mmberi ucapan mulia ini kpd saudar seagama.Moga ini akan menguatkan ukhwah yg mendorong kita brsatu-padu menentang musuh,syaitan yg dilaknat.Ibnu abbas berkata."sesungguhnya iblis yang terkutuk itu menangis,sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh;'Aduh,celaka,kedua-dua mukmin itu tidak terpisah keduanya melainkan diampuni dosanya."wallahualam.......

Rabu, 2 Februari 2011

HALAWATUL IMAN....

Assalamulaikum..kaifahalum..wa antum bikhairi???ari ni sy nk kongsi skit bersama-sama sahabat sume..pasal halawatul iman atau bahasa melayunya..KEMANISAN IMAN.Sy pun manusia gak..jd,memang lah seseorng itu kdg-kdg iman mereka akan bertambah,,kadang-kadang pula iman kita akan bertambah..
Apasal kita ni perlukan kemanisan iman??Apa yg bestnya dengan kemanisan iman???Ini kerana,dgn kemanisan iman sesorg itu tidak akan mengenal erti penat lelah/brputus mngerjakan ibadat kpada-Nya.selain tu juga..kita akan sentiasa bertawakal dan redha dengan ujian yg Allah beri kt kita..Dengan kemanisan iman,kita sntiasa bersiap siaga untuk Islam..

Jadi,macam mne kita nk dptkan kemanisan iman ni???nk cari kt tepi jln ke?nk tnggu kamanisan iman ni turun kt dpn mata kita ke???Sabda Rasullah S.A.W "tiga perkara yg barangsiapa trdpt (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya mereka akan mendpt kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah,dan dia bencikan untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkannya ke dalam api neraka".(Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Marilah kita bermujahadah mrnuju krpada kemanisan iman.Mudah-mudahan hati kita sentiasa redha dan tenang demi menegakkan khalimah Allah S.W.T dimuka bumi ini.

Selasa, 1 Februari 2011

DISEBALIK VALENTINE DAY

Sekarang ni da masuk bulan febuari..ha!!kejap je kan???...hm..pe yg korang tau pasal bulan februari...
hmm...apa yg korang tau psl bulan februari ni..de sejarah ke disebalik bulan februari ni..x de kan!!
tp...kalo ditnya kat bdk2 yg hangat bercinta ni..mesti diorang x lupakan satu je tarikh kt dlm bulan februari ni...
tanggal 14 FEBRUARI.....


APA YANG ADA DEKAT TANGGAL 14 FEBRUARI NI???
14 februari ni lebih dikenali sebagai HARI KEKASIH,cakap orang putihnya.VALENTINE DAY.Saban tahun ramai pasangan yang hangat bercinta ni tak boleh lupakan oleh mereka.Kononnya,ia merupakan hari di mana pasangan kekasih meluahkan rasa cintanya kepada kekasihnya.tak kira dengan apa cara sekali pun,asalkan hasrat diorang tercapai.


jika dilihat mereka yang menyambut hari tersebut sedah menjadi trend dalam kehidupan mereka.Termasuklah umat Islam sendiri,kebanyakkan golongan remaja malah golongan yang sudah berkahwain pun ada juga.Hari kekasih memang sinonim dengan beri bunga,coklat dan sebabgainya kt awek masing-masing.Kononya ingin menunjukkan tulusnya cinta mereka..cewah!!!!.Lebih teruk lagi,ada juga anak gadis yang menyambutnya dengan memberi kesuciaan diorang kat balaknya tanda cinta mereka!masuk ke lembah penzinaan..nauzubillah!!!Ramai yang umat islam kini sudah terpengaruh dengan budaya barat,,dari segi cara hidup,menteliti,dan sebagainya.Jadi tak hairan la kalau umat islam menyambut juga hari kekasih ini.Jadi tidak hairan la gejala bunag bayi semakin menjadi-jadi ke atas umat akhir zamn ini.


Hari kekasih tak ada kt dalam sejarah islam pun..Malah islam juga menyeru umatnya sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain.Islam tu syumul..lengkap..Jadi tak hairan la kalau islam itu mengajak kita berkasih sayang.Hal ni sesuai dengan hadis Rasullah S.A.W "Cintailah saudara se-Islam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).....Jadi ikutan siapa la yang menyambut hari kekasih ini????


SEJARAH HARI KEKASIH


Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah yang diceritakan mengenai asal usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Walau apa pun, jelas sekali ia langsung tiada kaitan dengan hari kebesaran buat umat Islam untuk turut sama meraikannya.


Matlamat tidak mengahalalkan cara.Allah S.W.T menyeru umatnya tidak agar meninggalkan amalan yang buruk.Tetapi manusia masih juga membuatnya.Apa yang yang dilarang manusia nak buat!Sama diorang ni cetak dengan ilmu agama atau terlalu mengikut hawa nafsu.Jawapannya ada di dalam diri sendiri.Sebagai umat Islam wajib kita berpegang dengan al-Quran dan Hadis.Sebab dua perkara inilah yang membawa kesejahteraan didunia dan akhirat.Hari kekasih bukanlah hiburan,tetapi ia memsong akidah kita.Kita wajar tahu yang beramal mengikut sesuatu yang bertentangan dengan ajaran islam boleh memesongkan akidah kita dan keimanan kita terhdap allah S.W.T.




Artikel ini untuk aku dan sahabat-sahabat yang lain...